Friday, August 13, 2010

Peluang Ramadhan Mendidik Nafsu Syahwat



Salam semua...

Untuk entry kali ini, suka saya panjang2kan satu isu yg saya baca kelmarin dalam ruangan dakwah fb ustaz zaharuddin mengenai pertarungan syahwat seksual di bulan Ramadhan..
Nampak 'kasar' sedikit tajuknya namun itulah kekangan terbesar bagi sesetengah orang utk mujahadah dalam bulan yg mulia ini.

Cetusan jawapan dari ustaz membuka mata saya bahawa puasa bukanlah sekadar satu aktiviti ritual untuk memenuhi tuntutan rukun Islam yg ke-5. Namun disebalik tuntutan puasa kepada manusia adalah untuk melatih dan mendidik nafsu manusia dari melakukan perkara2 yg dilarang Allah..

Kerahkan segala tenaga dlm sebulan ni, berjuanglah berhabis2an, moga nafsu yg telah dididk oleh syaitan slama 11 bulan tewas dgn 1 bulan kita mengumpul kekuatan utk melawan nafsu... ini lah sebenar2nya maksud berpuasa, bkn setakat menahan diri dari lapar dan dahaga... kalau kita tewas mendidik nafsu dlm bln yg mulia ini, mgkin susah utk terus mndidiknya dlm bulan2 yg sterusnya nnti.. dan dlm byk2 nafsu, nafsu yg 1 ini mgkin dpndang remeh bg sesetgh org tp hakikatnya ia sgt besar bg stiap org krn fitrah manusia sukakan kenikmatan dan keindahan walaupn hakikatnya pkara tersebut telah dilarang Allah dlm bulan yg mulia ini...

Allah mgkin ada sebabNYA utk melarang perkara tersebut dari dilakukan utk menguji sejauh mana cinta hambaNYA mengatasi perasaan pentingkan dri sndri dlm diri kita... tetapkanlah niat utk meraih hanya cinta Allah dan tinggalkan sementara dunia yg menjadi sarang dosa kita...

Pesanan saya utk insan2 yg bergelar wanita di luar sana, jgn lah jadikan diri penyebab laki2 tewas dlm perjuangan mereka mendidik rohani.. kdg kala kita x sedar kelembutan kita berckp dgn yg bukan muhrim, cara kita berpakaian wlaupun sopan tp masih x memenuhi tuntutan cara pergaulan dlm islam memungkinkan kita menjadi bahan bakar dlm neraka.. dan utk laki2, nafsu yg 1 itu perlu dididik agar ia tdk hny disalur pd 1 perkara yg sering bermain dlm minda kita.. bahkan byk lg nafsu ini boleh disalur secara positif cntohnya nafsu utk membeli pakaian yg cntik2, makanan yg sedap2 utk ahli kluarga ketika berbuka puasa... jadi, kedua2 pihak sbnrnya memainkan peranan yg besar dlm sama2 menaikkan kembali martabat tujuan hidup kita dlm dunia ini sbg khalifah...

Marilah sama2 mencari keredhaanNYA... Tiada yg bersendirian di ats muka bumi ini melainkan Allah sbg peneman dan pemerhati.. Takutkan Allah, pemilik dunia yg sdg kita kejar ini tanpa kita sedar..

Ya Allah, sesungguhnya nafsu ini juga adalah makhlukMU... Atas kekuasaanMu terhadap makhlukMU ini Ya Allah, bantulah kami untuk menahan ia dari mendorong kami melakukan dosa sama ada yg kami sedar mahupun tdk dlm pencarian kami meneruskan pengembaraan cintaMU... Tiada yg lebih berkuasa melainkan kekuasaanMU.. YG Maha Mendengar, bantulah kami hamba yg lemah ini... amin.

No comments:

Post a Comment