Ya Allah.. Semoga perjalanan ini diredhaiMU... Kami meletakkan sebenar2 pengharapan supaya Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan penghayatan cinta baru kami kepadaMU.. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu sebegitu sahaja tanpa sempat kami mengambil pengajaran dari kedatangannya.. Bantulah kami mencari kembali cintaMU dalam bulan yang penuh barakah ini...
Selamat Menyambut Ramadhan 1431 H!
Semarakkan pengembaraan kita dengan :
Iftar (makan berbuka) bersama-sama
Tilawah Al-Quran
Tadarus Al-Quran
Solat Terawih
Qiamullail
Iktikaf
Bersedekah
Menambah ilmu
Erat sillaturrahim
Semoga CINTA yang dicari dapat kita temui pada penghujung Ramadhan nanti... Ameen~
p/s: Sentiasa bersedia untuk bangun sahur... Kejut kawan2 supaya sahur kita lebih meriah...
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur." Jadi, jom rebut peluang bersahur bersama-sama! :)
No comments:
Post a Comment