Thursday, August 19, 2010

Dia melakukan zina salah, kamu menghampiri zina x salah??



video ini dikongsi dari http://salafus-sholih.blogspot.com/

Dia melakukan zina salah, kamu menghampiri zina x salah??

x.. kami x menghampiri zina, kami bukan berdua, kami beramai2… x kn nk buat zina beramai2 lak..

Astaghfirullahal’azim.. Para pembaca semua, sblm sy memulakan kata eloklah dahulu sy meminta maaf kpd semua terutama yg tlh lama mengenali sy. Saya sedih melihat mereka menjadi begini. Pengakhirannya melahirkan seorang insan lemah dan dibiarkan mati tanpa belas kasihan. Tak dinafikan sy juga pernah ralit dlm dunia mainan syaitan. Sy lupa hidup sy bertuhan, diri hanyalah seorang hamba, hamba yg x patut menafikan hak2 tuhannya. Alhamdulillah Allah masih syg kan sy, menyedarkan sy stlh lama sy duduk dlm tempurung kejahilan. Mengharapkan hanya kasih seorg kekasih yg sy kira tanpanya hidup ini x bererti. Kini, sedikit demi sedikit sy mendaki semula gunung taqwa agar berjaya mencapai puncak kasihNYA.

Dunia kita hari ini dikaburkan dgn pelbagai kemaksiatan sehingga kita terlupa pesananNYA yg menyuruh kita jgn menghampiri zina. Zina bkn shj blh berlaku apbl berdua2an, tetapi dlm beramai2 juga jika batas pergaulan x dijaga, menampakkan aurat pd yg x layak melihatnya, ia juga adlh perkara2 yg blh mnghampiri kpd zina krn blh menimbulkan terdetiknya nafsu buruk kpd yg terlihatnya. Sebut perkataan zina, terdetik dlm kotak minda kita satu perbuatan yg amat keji. Wpun pd awalnya ia nmpk indah tp hakikat d pngakhirannya adlh 1 kekotoran dan kesengsaraan. Kita mgkin x suka dilabelkan sbg pelaku zina namun hakikatnya tiap hari dlm hidup kita, ada shj pkara yg kita lakukan mghampiri kpd zina. Pergaulan pd hari ini sgt bebas shgga kita x lagi berasa malu, rasa bersalah dan berdosa dgn percampuran bebas lelaki dan perempuan. Bermandi manda bersama lelaki dan perempuan bukan mahram seperti itik2 yg tidak dikurniakan akal, bergelak ketawa dan bertepuk tampar antara lelaki dan wanita shgga lupa diri adlh isteri dan suami org, dan sbgnya yg byk kita saksikan pd hari ini.

Org yg baru kenal juga tanpa mengenali hati budi boleh melakukan zina, apatah lagi yang tlh lama terbiasa dgn kekasih sendiri mengatakan syg yg amat dlm shgga saling berbalas mesej berunsur lucah yg blh menaikkan berahi msg2? Kalau benar2 sudah berkenan, bernikahlah, sebaik2 cara yg Allah dh tunjukkan jalanNYA utk kita. Kalau x mampu, berpuasalah, puasa dgn sebenar2nya akan dapat menahan diri dari terdorong nafsu ke arah kejahatan.

Sedarlah, hidup kita bertujuan. Kita pemimpin kpd setiap makhluk yg telah Allah ciptakan. Utk menjadi seorg pemimpin yg berhemah, Allah x membiarkan kita memimpin dgn cara yg salah. Dgn kasih sygNYA, Dia tlh menurunkan Al-Quran sbg garis panduan dlm kepemimpinan kita. Wallahualam…

Sy juga bkn lah sempurna tapi sekadar memberi peringtan apbl tersedar. Saya juga insan, saya juga manusia. Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Namun, dengan berpesan-pesan kepada manusia, sebenarnya saya berpesan kepada diri saya sendiri. Kerana mulut yang berkata-kata ini, lebih dekat dengan telinganya yang mendengar. Mari kita bersama-sama suburkan kembali taqwa yg telah lama berkarat dan akhirnya terhakis dlm jiwa. Mudah2an sempat kita bermuhasabah dan bertaubat sebelum datangnya ajal menjemput kita.

Zina adalah permainan syaitan

(Pujukan orang-orang munafik itu adalah) seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Kafirlah kamu, maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata: Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Rabb semesta alam. Maka adalah kesudahan keduanya, bahwa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim. (Al-Hasyr: 16-17)

Ibnu Katsir rahimahullahu menceritakan:
Konon, di zaman Bani Israil dahulu ada seorang rahib yang tekun beribadah selama 60 tahun. Syaitan ingin menggodanya tapi selalu gagal. Akhirnya syaitan mendatangkan seorang wanita dan membuatkan wanita itu gila. Wanita itu mempunyai beberapa saudara lelaki. Syaitan kemudian membisikkan kepada saudara-saudaranya agar membawanya kepada rahib tersebut untuk diubati. Wanita itu pun diubati rahib itu dan tetap tinggal di sana.
Suatu hari, ternyata wanita itu menarik hati si rahib. Dia pun menggaulinya hingga wanita itu hamil. Melihat kenyataan ini si rahib takut namanya tercemar lalu membunuh wanita tersebut. Kemudian datanglah saudara-saudara wanita itu. Ternyata saudara mereka pun dibunuh oleh rahib itu.
Akhirnya, syaitan datang menemui si rahib dan mengatakan: Aku temanmu, kamu selalu membuatku payah, dan akulah yang mengatur kejadian ini. Kalau kamu mentaatiku pasti aku selamatkan kamu. Sujudlah kamu kepadaku.
Rahib itupun sujud kepadanya dan setelah dia sujud, syaitan berkata: Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah Rabb semesta alam.
Demikianlah sepenggal kisahnya.

Nampakkan? Syaitan takkan berputus asa mencari jalan selagi kita tdk taat dan patuh pada perintahnya. Seorang rahib yg dikira alim dan byk amalnya akhirnya juga jatuh ke tgn syaitan dek kerana penzinaan pd awalnya yg mengakibatkan pembunuhan dan perlakuan dosa2 besar yg lain, akhirnya syirik kpd Allah. Astaghfirullahal’azim… Muhasabahlah di mana kedudukan diri kita? Kalau pun dah mempunyai ilmu yg banyak dan beribadah beratus tahun lamanya namun masih menghampiri zina, muhasabahlah hati dan jiwa adakah selama ini ia ikhlas semata2 utk mencari redha dan pertolongan dariNYA..


No comments:

Post a Comment